Menu
GUAN ENG4

Tidak Hairanlah Mengapa Guan Eng Gila Jual Tanah Pulau Pinang

Walaupun cuba dinafikan oleh Lim Guan Eng dengan fakta-faktanya sendiri selain seringkali menuduh dan menyatakan bahawa dia hanya menjalankan polisi Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu walaupun hakikatnya, dia juga tahu, pembohongannya itu hanya ditertawakan orang ramai kerana perbandingan data boleh dibuat dengan mudah.

10

Samalah apabila dia mendabik dada kononnya kecekapan dan ketelusan pentadbirannyalah yang membuatkan Pulau Pinang mempunyai hutang yang paling sedikit dengan Kerajaan Pusat. Kononnya dia berjaya berjaya menurunkan jumlah hutang dengan Kerajaan Pusat kerana pentadbiran yang cekap dan tidak berlaku ketirisan. Para pengikut percaya bulat-bulat dan menyanjung tinggi Lim Guan Eng. Hakikatnya, hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diserap oleh Kerajaan Persekutuan sepertimana yang berlaku dalam kes Empangan Mengkuang di mana Kerajaan Pusat telah melupuskan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi mengambilalih pengurusan perkhidmatan pengurusan air apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mampu menguruskan perkhidmatan air di negeri itu.

Lim Guan Eng cuba mengalihkan isu dengan menyatakan, hutang sebanyak lebih RM600 juta itu adalah hutang Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang yang terdahulu, namun langsung tidak menyebut tentang kegagalan DAP menguruskan geran RM1.2 bilion untuk projek Empangan Mengkuang sehingga Kerajaan Pusat terpaksa campurtangan dan kemudian mengambilalih pengurusan air di negeri tersebut.

9

Begitu juga dengan yang membabitkan penjualan tanah di seluruh Pulau Pinang, di mana Lim Guan Eng telah menjadikannya sebagai ‘mata pencarian’ utama sama ada untuk kantung Kerajaan Negeri, mahupun untuk kantung kroni serta dirinya sendiri.

Beberapa skandal, termasuklah tanah tapak PPRT Taman Manggis Fasa II yang telah dirampas dan kemudian dijual kepada sebuah syarikat pemaju yang mempunyai kaitan dengan penjual rumah banglonya, pada kadar harga 50% daripada yang ditawarkan oleh Parti GERAKAN.

6 7

Ketika kecoh tentang tanah tersebut, Parti GERAKAN Pulau Pinang telah menawarkan untuk membeli tanah tersebut agar projek PPRT untuk golongan miskin Pulau Pinang diteruskan. Lim Guan Eng mengacah untuk menjual dengan menetapkan harganya pada RM22 juta dan perlu dibayar tunai secara keseluruhannya. Bagaimanapun, tanah tersebut sebenarnya telah dijual kepada sebuah syarikat yang akan membina klinik pergigian dan hotel mewah pada harga RM11 juta dan tidak perlu dibayar tunai pun.

Akhirnya BN Pulau Pinang tidak dapat membeli tanah tersebut kerana pertindihan dan helah jahat Lim Guan Eng, malah deposit mereka juga tidak dikembalikan.

5

Alasan unik Lim Guan Eng bahawa dia tidak tahu nilai tanah banglonya, ditempelak dan dikutuk. Dia adalah Exco Hal-Ehwah Tanah dan Pembangunan. Namun jawapannya langsung tidak munasabah.

1

Gambar 1 : Sebuah rumah di PERMATANG PAUH yg berkeluasan 1540kp ditawarkan untuk jualan pada harga RM 880’000.00. Bersamaan RM 571.43 untuk sekaki persegi.

2

Gambar 2: Sebuah rumah di SEBERANG PERAI yg berkeluasan 2240kp ditawarkan untuk jualan pada harga RM 1’200’000.00. Bersamaan RM 535.71 untuk sekaki persegi.

3

Gambar 3 : Sebuah rumah di GEORGETOWN yg berkeluasan 9411kp ditawarkan untuk jualan pada harga RM 5’880’000.00. Bersamaan RM 624.80 untuk sekaki persegi.

4

Gambar 4 : Rumah Lim Guan Eng di kawasan berkelas tinggi di GEORGETOWN yang berkeluasan 10,161kp, dibeli beliau pada harga RM 2’800’000.00. Bersamaan RM 275.56 sekaki persegi.

Orang kampung, orang Kelantan pun boleh fikir harganya tak logik. Tapi Lim Guan Eng seorang KM di Pulau Pinang dan orang yang menjaga hal ehwal tanah di negeri itu boleh jawab “saya tak tahu harga kerana saya bukan ejen hartanah”.

Nampak sangat dah, dia bukan sahaja kaki kelentong tetapi juga sedang dilanda ketakutan dan kegabraan yang amat keterlaluan!

11

 

Comments

comments

Search