Menu
Guan Eng2

Tekanan Makin Terasa, Lim Guan Eng Mula Ketakutan

Salah satu perangai Lim Guan Eng yang perlu diketahui ialah, apabila dia mula gabra dan ketakutan, dia akan mencabar sesiapa sahaja. Motifnya cukup mudah, apabila cabaran dibuat, Lim Guan Eng akan kelihatan cukup gagah dan perkasa selain berharap orang ramai akan melihatnya tidak ubah seperti ikan sempilai yang sedang bertarung di dalam botol dengan bayang-bayang sendiri.

Itu adalah Lim Guan Eng bagi sesiapa sahaja yang mengenali jaluran politiknya dari tahun 1980-an.

guan eng penipu2

Selama ini, kembang ingsangnya sukar ditutup. Dek kerana itu, kesombongan, keangkuhan dan keagaannya amat tinggi sehingga percaya, dia akan lepas bebas daripada segala-galanya dengan menggunakan apa-apa sahaja alasan paling bodoh tetapi para pengikut dan penyokongnya akan percaya, selain tidak dicabar oleh musuhnya.

Tetapi kali ini, Lim Guan Eng seperti sudah terkhilaf dengan aura dirinya. Apakan tidak, rumah banglonya mula dipertikai dan segala taktik yang digunakan oleh para pemimpin dan penyerang DAP untuk memusnahkan kredibiliti para pemimpin UMNO-BN sebelum ini, digunakan oleh pihak musuh untuk melondehkannya.

Pihak musuh seperti copy-cat setiap tindakan DAP sebelum ini. Guan Eng yang sentiasa memandang rendah usaha-usaha pihak musuh, seperti baru tersedar dari tidur. Dan sekarang dia sudah terperangkap apabila terlalu banyak pendedahan dan penyanggahan dibuat sepintas lalu sahaja, seperti kaitan Cik Pang Li Koon dengan tanah kerajaan Taman Manggis yang sepatutnya untuk rumah orang miskin tetapi ‘dirampas’ dan dijual kepada syarikat kroni untuk pembinaan klinik pakar gigi dan hotel mewah.

guan eng2

Walaupun Lim Guan Eng cuba menafikan secara bodoh kononnya Pang Li Koon tidak mempunyai sebarang kepentingan, tetapi carian di SSM membuktikan sebaliknya.

Rumah banglo berharga murah dan jauh lebih murah berbanding rumah-rumah lain di kawasan tersebut, seperti sudah memerangkap Guan Eng sepenuhnya. Guan Eng jelas ketakutan dan kebimbangan. Malah kebimbangan dan ketakutan itulah yang menyebabkan Guan Eng tidak dapat memberikan kata putus sama ada dia perlu hadir di Parlimen untuk sesi penggulungan bagi mencelah untuk menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Sebaliknya Guan Eng seperti gaya samseng bermata satu dan bergundik lapan, mengarahkan Shabudin Yahaya bersemuka dengannya di KOMTAR esok untuk menunjukkan bukti-bukti yang mengaitkannya dengan rasuah dan salahguna kuasa.

guan eng penipu3

Apakah kali ini Lim Guan Eng akan menyalahkan sistem perisian komputer seperti Excel pula kerana tersalah kira? Atau Lim  Guan Eng akan menyalahkan pendedahan tersebut sebagai fitnah UMNO walaupun pada masa yang sama, dia tidak dapat menjelaskan mengapa dia mampu membeli sebuah banglo di kawasan prima di Georgetown dengan harga yang sangat murah, seolah-olah rumah tersebut dipenuhi hantu puaka dan telah ditinggalkan bertahun-tahun kerana terlalu berhantu?

Atau adakah Lim Guan Eng akan memilih untuk melarikan diri ke luar negara seperti yang dilakukannya sebelum ini terutama sekali ke Singapura, Hong Kong atau Brisbane atas alasan, bercuti atau tugas-tugas rasmi sebagai Ketua Menteri yang cuba menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang walaupun pada masa yang sama, sepanjang 7 tahun sebagai Ketua Menteri, pelaburan baru ke Pulau Pinang terlalu daif dan memalukan walaupun perjalanan Lim Guan Eng ke luar negara terlalu kerap?

Kita tunggu lakonan Lim Guan Eng yang seterusnya…

 

Comments

comments

Search