Menu
Sr

Sampai bila mahu percaya Sarawak Report ?

 

Penulis percaya, bagi kita umat Islam yang beriman kepada kebenaran Al-Quran dan sabda Rasulullah SAW, maka sudah pasti kita yakin bahawa Muhammad bin Abdullah itu adalah utusan Allah yang terakhir sebelum kiamat. Dalam erti kata lain, kita semua adalah umat di akhir zaman.

Kita juga yakin dengan sabda Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa tohmahan dan fitnah di akhir zaman ini amat berleluasa. Sama ada sedar atau tidak, dunia yang kini ber’raja’kan media sosial, terlalu banyak kisah dan cereka fitnah yang dicipta serta kemudian disebarkan.

Ditambah pula dengan firman Allah SWT yang mengatakan puak Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali berpuas hati selagi tidak mengikut telunjuk mereka, maka sudah tentu umat Islam di akhir zaman ini perlu berhati-hati dengan puak-puak ‘dajjal’ berkenaan.

Malangnya, mungkin ada segelintir umat Islam di negara kita yang enggan percaya dan yakin dengan Hadis dan Al-Quran itu. Mungkin bagi mereka, ia hanyalah seumpama buku hikayat ‘1001 malam’ yang dipenuhi mitos dan khayalan?

Penulis bukanlah seorang yang sentiasa benar dan ‘maksum’. Penulis tidak pernah digelar ‘Al-Amin’ atau ‘As-Siddiq’ seperti Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA, namun penulis yakin dengan apa yang disampaikan baginda itu.

Berpegang pada itu, penulis amat berhati-hati dengan apa saja yang dihidangkan oleh puak Barat yang terkenal dengan kekufuran mereka, terutama media-media asing yang dikuasai oleh talibarut-talibarut Yahudi dan Nasrani.

Bukan hanya Malaysia saja yang pernah menjadi mangsa fitnah puak-puak berkenaan, namun negara Islam terkaya seperti Arab Saudi juga pernah mengalami perkara yang serupa. Mungkin kerana itulah maka tercetus hikmah yang mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Arab Saudi, walaupun secara rahsia.

Namun bagi mereka yang enggan percaya pada petanda-petanda akhir zaman tersebut, mereka selalunya lebih berkiblatkan Barat. Apa saja yang terbit dari sana bagaikan ‘fatwa suci’ yang tidak boleh disangkal. Sejak bila puak ‘kuffar’ yang memerangi umat Islam sejak perang sabil itu layak dipercayai?

Apa yang menarik perhatian penulis, mereka-mereka inilah yang dulunya mencerca setiap serangan dan provokasi barat menerusi media asing dilancarkan terhadap Malaysia. Hatta ada kalanya hingga kita menukar dasar memandang ke arah timur kerana marah diserang.

Tapi mereka-mereka itulah yang kini mendewa-dewakan media asing yang begitu galak sekali menyiarkan dakwaan-dakwaan yang hanya berasaskan ‘pendedahan’ yang sangat diragui. Hinggakan dokumen yang sudah diedit dan diubahsuai pun masih mereka percaya?

Penulis kadang-kadang hairan dengan sikap ‘matlamat menghalalkan cara’ oleh puak-puak yang bermatlamat menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dari kerusi Perdana Menteri. Kononnya ‘negarawan terbilang’, ‘ilmuan’, ‘cendikiawan’ dan ‘korporat’, tapi mereka begitu taksub pada sumber yang tidak sahih dan meragukan?

Jika ditanya pada penulis tentang Al-Quran dan Sarawak Report, penulis lebih percaya dan yakin pada Al Quran. Tapi penulis hairan mengapa ada umat Islam hari ini yang lebih yakin dan percaya pada penipuan Claire Brown berbanding firman Allah dan RasulNya?

Bukanlah berniat untuk mempersoal keimanan seseorang, namun ia melibatkan prinsip dan pegangan asas bagi setiap umat Islam yang waras. Lainlah jika umat Islam itu telah mencapai tahap ‘nyanyuk’, mabuk, gila dan sebagainya.

Agaknya sampai bila budaya cenderung percaya pada fitnah akan terus menjadi ikutan di Malaysia? Berbanggakah kita sekiranya dikenali sebagai sebuah negara yang mudah diperdaya dengan fitnah dan propaganda tidak benar?

Usah dijawab pada penulis. Jawablah pada diri masing-masing. Jika mahu menipu, tipulah diri masing-masing. Namun apa yang penulis pasti, kita tidak akan sesekali mampu menipu Allah SWT kerana Dialah yang Maha Mengetahui. Semoga ‘kezaliman minda’ itu berakhir segera dari terus menghantui umat Islam di Malaysia…

Cenderawasih

Comments

comments

Search