Menu
Lim Guan Eng

Lim Guan Eng TIDAK BERANI Berkempen PRN Di Sarawak

Lim Guan Eng akan terbukti menjadi ‘toksik’ untuk DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan penganalisis politik meramalkan Setiausaha Agung DAP itu tidak akan menyertai kempen parti tersebut susulan kontroversi yang menyelubungi dirinya pada ketika ini.
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Lee Kuok Tiung berkata kontroversi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Taman Manggis sedikit sebanyak menjejaskan kedudukannya.
“Akibatnya, saya tidak fikir DAP Sarawak akan menggunakan Lim untuk membantu kempen mereka dalam PRN Sarawak. Sama ada beliau bersalah atau tidak ia perkara berbeza buat masa ini – tidak sesuai untuk beliau pergi berkempen,” kata Dr Lee yang menyertai perbincangan meja bulat untuk PRN Sarawak yang dianjurkan Majlis Profesor Negara.
Lim didakwa membeli hartanah di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang di bawah harga pasaran manakala Taman Manggis mencetuskan kontroversi selepas kerajaan negerinya menjual tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata ujian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bukan memenangi PRN Sarawak atau mendapatkan majoriti dua pertiga tetapi sama ada beliau mampu mengembalikan semula undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya, pada PRU 2013, BN hanya memperoleh 37 peratus undi kaum Cina, kemerosotan sebanyak 12 peratus daripada undi yang diperoleh pada PRU 2011.
“Persoalan di sini adakah ketua menteri itu dapat menawan semula hati pengundi Cina dan adakah berlaku perubahan pengundi DAP kepada Barisan?,” kata Dr Jeniri yang meramalkan akan berlaku peningkatan dari segi undi pada PRN Sarawak  kali ini.
Mengenai pembangkang, Dr Jeniri berkata PRU 2011 merupakan pencapaian terbaik DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak dan yakin mereka tidak dapat mengulangi rekod tersebut.
“Saya tidak fikir DAP akan dapat menambah 12 kerusi yang mereka menangi pada PRU yang lalu. Jumlah itu mungkin kekal sebagai status quo. Lebih buruk lagi mereka mungkin hilang empat kerusi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata BN mempunyai kelebihan kerana pembangunan masih menjadi isu utama di Sarawak.
“Tetapi mereka harus sedar masih banyak isu yang boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah,” katanya.
DAP Sarawak hampir tiada isu tempatan yang digunakan kali ini walaupun Impian Sarawak cuba dijadikan sandaran. Walau bagaimanapun pendedahan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak yang DAP merupakan penentang keras peruntukan RM1 bilion untuk pembangunan luar bandar, DAP beralih kepada isu-isu nasional yang tidak ada kena-mengena dengan Sarawak untuk dikempenkan.
Antaranya adalah 1MDB dan RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Namun laporan PAC dan pembelaan oleh Tan Seng Giew, merencatkan pengeliruan fakta dan kempen yang bakal dilakukan oleh DAP. Malah lebih membebankan lagi DAP ialah apabila skandal banglo dan tanah Taman Manggis, membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng jauh lebih besar berbanding 1MDB.
Justeru, DAP Sarawak tidak akan berani menampilkan Lim Guan Eng pada peringkat awal kempen di Sarawak bermula 11 April nanti. Kecuali sekiranya isu Skandal Banglo dan tanah Taman Manggis berjaya ditangani menerusi pengalihan isu seperti yang sedang dilakukan sekarang, Lim Guan Eng akan tampil bergaya berkempen di Sarawak.
Sementara itu, Lim Kit Siang akan mengambilalih peranan anaknya kali ini.

Comments

comments

Search