Menu
Save1

Acara ‘Selamatkan Malaysia’ Syed Saddiq Hambar Berbanding Kasut Adidas

Semalam, satu acara telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang membabitkan golongan belia atas tajuk, ‘Selamatkan Malaysia’. Walaupun di sebalik gembar-gembur, ternyata sambutan yang diberikan kepada program tersebut amat hambar. Malah pengikut-pengikut dan pemercaya Tun Mahathir dan barisan PAKATUN yang merupakan penggerak utama ‘Selamatkan Malaysia’ pun tidak berminat untuk hadir.

Perhimpunan semalam yang dianjurkan oleh barisan Sekretariat baru ‘Selamatkan Malaysia, menampilkan penceramah seperti Syed Saddiq Abdul Rahman, Exco Pulau Pinang yang juga pemimpin PKR Dr Afif Bahardin, Ahli Parlimen DAP Steven Sim dan Zairil Johari manakala Melissa Sasidaran pula mewakili Lawyers for Liberty serta bebrapa orang pemimpin aktivis belia.

Dalam perhimpunan itu, Syed Saddiq telah menggesa pemimpin Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar menyertai gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri.

save2

“Kepada para pemimpin UMNO, YB Khairy Jamaluddin, Azwanbro, saya sentiasa menyanjung anda. Saya sentiasa menghormati anda. Saya sentiasa yakin, pada masa hadapan, anda adalah penyelamat UMNO,” kata Syed Saddiq yang merujuk Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun sebagai Azwanbro.

“Tetapi sekarang, tolonglah sertai kami dalam gerakan ini. Ini adalah masanya untuk anda tampil dan meluahkan segala-galanya,” katanya lagi.

Para penonton yang seramai antara 30 sehingga 150 orang bersorak dan bertepuk tangan dengan ucapan berapi Syed Saddiq itu.

Jumlah ‘besar’ hadirin dalam program tersebut bukanlah petunjuk yang baik untuk gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ memandangkan ia bertembung pada sebelah pagi dengan pelancaran kasut sukan baru NMD Adidas di mana ratusan belia berbaris panjang di luar pusat membeli belah Pavilion sementara menunggu kedai dibuka.

Acara tersebut jelas tidak dirancang pada waktu yang tepat, memandangkan keperluan golongan belia Malaysia untuk membeli kasut sukan mahal edisi terhad berbanding ‘Selamatkan Malaysia’.

 

Comments

comments

Search