Menu
Mustapa Mohamed Proton

Kerajaan rangka pelan baru Proton

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi PROTON Holdings Bhd (PROTON) awal minggu depan bagi merangka pelan tindakan berhubung masa depan syarikat automotif itu.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pertemuan itu dibuat selepas Kabinet meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada PROTON bagi membantu memulihkan perniagaan syarikat itu baru-baru ini.

Katanya, dalam pertemuan itu, kerajaan mahu PROTON mengemukakan pelan tindakan bagi mengukuhkan semula syarikat itu.

“Jadi awal minggu depan, saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala, Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar akan mengadakan pertemuan dengan PROTON bagi menentukan satu pelan tindakan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, semalam.

Comments

comments

Search